About
2019 — “The Starter”

Titik permulaan Zifano Legacy bermula pada tahun 2019 apabila pengasas memulakan jualan pakaian di dalam kampus Universiti Teknologi Petronas. Dari sebuah inisiatif kecil, Zifano mula membina visi untuk menjadi pengeluar pakaian—terutamanya jersi—yang fokus kepada komuniti pelajar universiti berdasarkan permintaan yang kukuh serta potensi pasaran di sekitar UTP.
2020–2021 — “RISING DEMAND & IDENTITY SOLIDIFICATION”

Zifano Legacy, yang pada awalnya dikenali sebagai Migliore Outfit, terus menerima permintaan menghasilkan jersi untuk kelab dan persatuan di dalam dan luar kampus. Dengan kepakaran dalam menghasilkan pakaian pasukan yang selesa dan design eksklusif, Zifano membantu banyak organisasi meningkatkan kredibiliti kelab melalui penjenamaan visual yang lebih profesional. Permintaan terhadap produk/perkhidmatan juga mula menunjukkan peningkatan ketara hasil daripada reputasi yang semakin kukuh serta keberkesanan strategi pemasaran dan penyampaian nilai.
2022 — Penubuhan Studio di Pendang, Kedah


Pada tahun 2022, Zifano mencapai langkah baharu dengan membuka studio rasmi di Tanah Merah, Pendang, Kedah. Kehadiran studio ini membolehkan perniagaan beroperasi secara lebih tersusun dengan fokus kepada pelanggan walk-in serta jualan online. Tahun ini menjadi titik perubahan penting di mana operasi mula berkembang dan jenama semakin dikenali di seluruh Malaysia.
2023–2024 — Penetapan Strategi & Perluasan Pasaran


Pada fasa ini, Zifano menambah baik sistem tempahan, rekaan, dan pengeluaran
sekaligus memperkukuh kedudukan jenama dalam pasaran universiti awam dan swasta.
Program Agen turut dibangunkan untuk membantu mahasiswa menjana pendapatan
sambil memperluas rangkaian edaran jersi Zifano dengan lebih efektif.
Selain itu, Zifano mula memasuki segmen larian dan gym, selari dengan trend
kecergasan yang semakin meningkat di Malaysia. Langkah ini membuka peluang baharu
untuk mengukuhkan kehadiran jenama dalam komuniti aktif dan kesihatan.
2025 — Berpindah ke Putrajaya untuk Pengembangan Lebih Besar


Tahun 2025 menandakan satu lonjakan besar apabila Zifano berpindah ke Putrajaya.
Perpindahan ini dirancang bagi membuka pasaran baharu dengan lebih strategik, di sekitar Lembah Klang. Langkah ini sekaligus membawa Zifano ke tahap
seterusnya dalam pembangunan jenama dan jaringan kolaborasi.